About Us
Kenali mereka yang berada di sebalik tabir RF Printing
Siapa Kami
RF Printing mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang printing, designing, silk skrin, sulaman, hot press dan lain-lain teknik printing. Kami menjual segala jenis baju t-shirt, jaket, baju korporat, tuala, baju sukan, lencana, mug and pen print, dan sedia menerima tempahan dari seluruh Malaysia. Syarikat kami mempunyai dua buah cawangan iaitu di Selangor serta Kelantan. Tempahan boleh dibuat secara online (email, phone dan whatsapp) ataupun boleh hadir terus ke mana-mana bilik pameran kami.
RF Printing telah ditubuhkan oleh dua orang sahabat usahawan muda di atas nama syarikat RF Profit Network (KT0300459-U), satu syarikat Perkongsian hak milik antara Abdul Rahman Mohamed dan Ahmad Faqrul Hafeez Mohd Noor. RF telah mula beroperasi pada akhir 2011. Sejak ditubuhkan, RF Printing telah berkembang sehingga mampu menyediakan servis ke seluruh negara, malah pernah mendapat tempahan dari Morocco, Jordan, Mesir dan beberapa negara lain.
Our Team
RF Printing dikemudi oleh dua orang anak muda berasal dari Pantai Timur

Abdul Rahman Mohamed
